Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Sebelum saya memasuki ke menara
gading, ramai rakan-rakan saya tertanya-tanya. Sebagai contoh, “ kenapa awak
ambik food service, tak ada jaminan kerja nanti.” atau kita selalu dengar ayat
sebegini. “Eleh, setakat food service je kot. Apa lah sangat.”. Excuse me, fakulti
hotel pun ada masa depan. Jangan nak perlekehkan-lekehkan student fakulti
hotel. Silap-silap masa depan kami lebih cerah daripada yang lain. Jadi, saya
sebagai student fakulti hotel ingin menceritakan bahawa industri ini sentiasa
hidup dan berkembang. Tenaga kerja juga diperlukan sentiasa sejak industri ini
cepat membangun.
Pengurusan
perkhidmatan makanan atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Food Service Management
ini, kami belajar seantero bidang perhotelan dan kami belajar daripada bawah.
Pertama sekali yang student fakulti ini akan didedahkan tentang hospitaliti. Student
fakulti hotel dan pelancongan akan belajar apa itu hospitaliti, sejarah
hospitaliti, pengurusan dan macam-macam lagi.
Selain itu, kami ada kelas kitchen.
Untuk pelajar semester awal, pelajar akan belajar basic kitchen. Kalau macam
student semester 1, kami belajar masakan makanan barat atau dipanggil western
cuisine. Semasa kelas kitchen, lecturer akan mengajar dan melakukan demo dulu.
Lepas itu, kami akan masak sendiri. Sometimes kita kene suruh study resepi dan
masak sendiri tanpa lecturer melakukan demo. Kebanyakannya hidangan western
banyak yang akan di demo. Bukan setakat itu sahaja, pelajar juga akan belajar
cara-cara memotong sayur. Ada pelbagai cara dan nama dalam memotong sayur.
Dalam pembelajaran ini juga, student dapat belajar dan develop skill memotong
atau knive skill dalam diri seseorang. Jangan terkejut kalau insiden seperti
terluka jari ketika memotong sayur banyak kali berlaku dalam kalangan student
yang baru atau student yang langsung tidak tahu memasak. Tapi, ramai yang
confuse. Apa bezanya kulinari dengan food service? Okey, kalau nak tahu,
student kulinari akan belajar asas memasak sampai ke tahap yang lebih tinggi
berbanding dengan student food service. Sederhana sahaja. Jadi, kalau sesiapa
yang ingin menjadi chef, saya recommend anda mengambil kos kulinari.
Dalam
kos ini juga, kami belajar subjek kebersihan makanan iaitu food hygiene. Dalam
subjek ini, student akan tahu bagaimana nak menilai sesuatu makanan dan gred
makanan. Sebagai contoh, macam mana kita nak tahu sesuatu makanan itu
berkualiti, segar dan bersih? Atau bagaiman kita nak tahu tahap kebersihan
ketika menghasilkan makanan? Kalau belajar subjek boleh dikatakan seronok dan
belajar subjek ini juga membuka peluang pekerjaan kita sebagai pegawai
pemeriksaan makanan/food inspection officials. Ataupun menjadi staf di
jabatan-jabatan kesihatan. Inilah fungsinya ada student food service macam kami.
Di
samping itu, student food service juga belajar food studies. Subjek food
studies ini perlu skor kerana subjek ini berkaitan dengan kelas kitchen. Subjek
ini juga akan mengajar pelajar bagaimana makanan boleh berubah apabila di
masak, cara masakan yang betul dan memberi pengajaran seperti reaksi makanan
dalam pembuatan makanan. Subjek ini belajar macam biologi tapi dalam kaitan
makanan. Dan jika student belajar food studies ini dengan rajin dan tekun, kita
boleh menghasilkan resepi buatan sendiri. Segala pelajaran dalam subjek ini
juga membantu student dalam masakan serta dalam kelas kitchen.
Seterusnya,
kos food service juga akan mengajar food nutrition, pengurusan, serving,
komputer, entrepreneurship, menu planning dan macam-macam lagi. Kos food
service ini banyak peluang pekerjaan selepas kita graduate nanti. Antara
peluang pekerjaan ialah:
1.
Manager
hotel
2.
Chef
3.
Pegawai
inspection
4.
Perancang/pembuat
menu pesakit di hospital
5.
Kerja-kerja
di dalam hotel seperti receptionist, waiter, housekeeping, dll.
6.
Boleh
buka restoran sendiri
7.
Boleh
buka syarikat makanan
8.
Guru
ERT di sekolah menengah
9.
Lecturer
10. Dan banyak lagi...
(Banyak sebenarnya peluang pekerjaan kalau kita
belajar kos ini... tapi, takkan lah nak senaraikan semua…)
Seronok
belajar kos ini. Lebih-lebih lagi dengan persekitaran belajar di universiti dan
rakan-rakan yang berusaha untuk berjaya dalam kos ini. Bab penat jangan
difikirkan. Semester awal memang penat dan juga banyak pakai duit. Tapi, semua
itu jangan disoalkan, yang penting niat kita ingin belajar dan berjaya dalam
universiti demi mencapai masa depan kita. Jadi, setakat ini sahaja perkongsian
saya untuk maklumat kos food service management (DFSM). Sekian, wabillahitaufik
walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
By
Muhammad Fauzan Aqil bin Muhamad Nassir
No comments:
Post a Comment