Thursday, February 26, 2015

HEALTH OPEN DAY - 27 FEBRUARY 2015

Students taking HTF110 Food Hygiene are required to join the following events. Attendance sheet will be distributed during the talk.




I highly encourage all students to participate in every event organized by our faculty, especially if it is academic. When I was your age I have this thought of `I'd rather lepaking or go somewhere else rather than be there at this and this event'. Reality was, I was missing a lot of exciting things and opportunities that could open a lot of doors for me. I began to understand that by participating in these kinds of activities, I am doing myself a favor - I got to socialize and I got more knowledge that I could never found in classrooms which usually are more fun!

See you there babies!



Friday, February 13, 2015

Snippets from the Festival Kari Dunia, Penang 2015

Some of the beautiful creations by the participants - colleges students, universities, as well as hotels.





Anak-anak, adik-beradik :)



Halwa pelbagai buahan tempatan







Anak-anak seniors and anak-anak juniors



Kek hantaran barangkali



Halwa buahan sama seperti di atas




Rempah ratus menyerikan festival kari kali ini





Kek cawan (cupcakes) digubah menjadi gubahan bunga. Sesuai untuk rumah Hanseliah dan Greteliah









Masjid Ferrero Rocher




FESTIVAL KARI DUNIA/HALAL EXPO - PISA 30 JAN - 1 FEB 2015

This yearly exhibition held at PISA focuses on Halal product. It serves as a platform for food companies to exhibit their halal products and for the consumers to get to know about more foods, products and companies who are committed to halal. This is rooted to the basic needs of muslim consumers to get certification and to be convinced about the halal status of products. By joining the exhibition, both consumer and provider are bound to get more knowledge and awareness about brands as well as their availability.

Here is a YouTube video capturing the participants' view on the exhibition as aired by Astro Awani.





Wednesday, February 4, 2015

Al-Fatihah - Allahyarhamah Nursyuhada Johari

Taasub tagih cinta

Oleh Mohamad Hussin 

mohamad@hmetro.com.my
Jitra: “Lelaki itu sudah cuba berkawan rapat dengan Nur Syuhada sejak zaman sekolah lagi, tetapi arwah tidak melayan.
“Namun, saya tidak sangka dia sanggup membunuh kerana menolak cintanya. Saya sudah banyak kali melarang dia (lelaki itu) termasuk membuat laporan polis, tetapi dia tidak mengendahkannya,” kata Johari Hashim, bapa kepada Nur Syuhada, 20, yang mati dikelar rakan lelakinya dalam sebuah kereta Proton Perdana di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Bukit Gantang, Perak, kelmarin.
Difahamkan, Nur Syuhada, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang berkenalan dengan suspek sejak empat tahun lalu.
“Dia mula berkawan dengan anak saya sejak arwah di tingkatan lima, tetapi anak saya tidak mahu kerana sikapnya yang terlalu obses.
“Anak saya hanya mahu berkawan, tetapi dia mahu menjalinkan hubungan serius menyebabkan arwah tidak melayannya.
“Malah, arwah pernah memberitahu kami yang lelaki itu sering mengganggunya. Saya pernah menelefon dan menghantar SMS kepada dia supaya jangan mengganggu anak saya.
“Dia juga pernah memecahkan pintu di rumah lama saya di Taman Sri Hosba di sini dan cuba melarikan anak saya kira-kira empat tahun lalu.
“Dia juga pernah ditahan beberapa kali dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Cherok Mokkan, Mukim Hosba di sini, semalam.
Menurutnya, dia juga sudah membuat aduan kepada keluarga lelaki terbabit, namun tiada penyelesaian, malah lelaki itu semakin bertindak ganas.
Ketika ditanya mengenai kejadian itu, Johari berkata, dia mengetahui insiden itu apabila seorang rakan Nur Syuhada menghubungi isterinya Nor Azlina Dawari, 44, memaklumkan anaknya diugut sebelum dilarikan lelaki itu dari kampus UiTM, Pulau Pinang.
“Saya diberitahu arwah akan dicederakan jika tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.
“Isteri saya cuba menghubungi arwah beberapa kali, tetapi panggilan telefon tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa lelaki itu meminta bantuan.
“Namun, selepas beberapa jam, saya dimaklumkan ibu lelaki itu, anaknya sudah mengelar leher arwah sambil memberi alasan mempunyai penyakit mental dan tidak mengambil ubat ketika ditahan di balai polis,” katanya.
Menurutnya, dia menyifatkan kematian anaknya dalam keadaan syahid kerana bertindak mempertahankan diri.
Ibu arwah, Nor Azlina berkata, dia reda akan pemergian anaknya, malah tenang ketika melihat jenazah anaknya yang dilihat dalam keadaan tersenyum.
Jenazah Nur Syuhada selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, jam 11 pagi, semalam.
Akhbar semalam melaporkan seorang penuntut UiTM kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dikelar oleh rakan lelakinya dalam sebuah kereta di Kilometer 228.2, Lebuh raya Utara-Selatan arah selatan di Bukit Gantang, Perak.
Mangsa yang juga pelajar tahun pertama meninggal dunia selepas dua jam dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Sumber berkata, dalam kejadian pada jam 12 tengah hari itu, mangsa dikatakan berselisih faham dengan rakan lelakinya berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di Melaka sebelum lehernya dikelar dengan pisau oleh lelaki berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 8:36 AM
JOHARI (dua dari kiri) bersama ahli keluarga menguruskan pengebumian jenazah Nur Syuhada di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, semalam.


Article extracted from here